"WELCOME FRENZ"

Monday, December 12, 2011

Kuah Sate@ kuah kacang utk nasi impit



Bahan-Bahan:

180 gm kacang tanah (goreng dan tumbuk separuh hancur)

2 sudu kecil asam jawa

5 sudu kecil gula

1 ½ sudu kecil garam Bahan-bahan kisar

15 biji cili kering

2 ulas bawang putih

12 ulas bawang merah

3 batang serai

1 sudu besar ketumbar

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

5 biji buah keras1 ½ cm belacan

Cara:

1. Kisarkan terlebih dahulu cili kering, bawang putih, bawang merah, serai, ketumbar, jintan manis, jintan putih, buah keras dan belacan sehingga benar-benar mesra.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga terbit minyak.

3. Setelah itu masukkan kacang yang telah ditumbuk tadi (anda boleh memasukkan santan jika perlu).

4. Panaskan dengan api yang perlahan.

5. Seterusnya masukkan asam jawa, gula dan garam.

6. Masak selama 5 minit sebelum boleh dihidangkan bersama sate.

7. Sila jemput sanak saudara untuk menjamu selera...nyum...nyum... :P