"WELCOME FRENZ"

Monday, December 12, 2011

Ikan Keli Masak Lemak Cili Api



Bahan-bahan ( 2 orang )

1 ekok ikan keli sederhana besar (disiang,dibersihkan dan direndam dgn air asam jawa dan garam kasar)
10 biji cili api/ 5 biji cabai tanduk (boleh + klau nk pedas)
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
semangkuk santan/500ml
garam dan perasa secukupnya
sedikit garam halus dan serbuk kunyit
2 keping asam keping
1 biji buah tomato & daun kunyit (ikut suka tak letak pun jadi gak)

Cara-cara

1.ikan yg telah dibersihkan,diperap dgn garam halus dan serbuk kunyit,..gorengkan ikan jgn terlalu garing dan ketepikan.

2.tumbuk cili api + bawang merah + bawang putih + serai dan kunyit hidup.

3.tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk hingga naik bau wangi (pecah minyak)


4.masukkan pati santan,asam keping dan biar sampai menggelegak sekejap. perasakan dengan garam n serbuk perasa.

5.lastly masukkanlah ikan keli yg telah digoreng tadi bersama buah tomato n daun kunyit,...da siap dah boleh makan dengan nasi panas,tapi sebelum tu sediakan air lebih sikit untuk yg x tahan pedassss....

Kuah Sate@ kuah kacang utk nasi impit



Bahan-Bahan:

180 gm kacang tanah (goreng dan tumbuk separuh hancur)

2 sudu kecil asam jawa

5 sudu kecil gula

1 ½ sudu kecil garam Bahan-bahan kisar

15 biji cili kering

2 ulas bawang putih

12 ulas bawang merah

3 batang serai

1 sudu besar ketumbar

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

5 biji buah keras1 ½ cm belacan

Cara:

1. Kisarkan terlebih dahulu cili kering, bawang putih, bawang merah, serai, ketumbar, jintan manis, jintan putih, buah keras dan belacan sehingga benar-benar mesra.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga terbit minyak.

3. Setelah itu masukkan kacang yang telah ditumbuk tadi (anda boleh memasukkan santan jika perlu).

4. Panaskan dengan api yang perlahan.

5. Seterusnya masukkan asam jawa, gula dan garam.

6. Masak selama 5 minit sebelum boleh dihidangkan bersama sate.

7. Sila jemput sanak saudara untuk menjamu selera...nyum...nyum... :P

Rendang Daging...yum2




RENDANG DAGING



Bahan-Bahan:



1 kg daging 4 helai daun kunyit [sepatutnya dihiris halus tp kita hiris kasar krn nak jimat daun kunyit]


135ml minyak 500ml santan pekat


2 sd besar kerisik garam dan gula secukup rasa



Bahan Blend:


cili kering ikut kepedasan sendiri

3 biji bawang besar

9 biji bawang merah

4 biji bawang putih

1 inci halia 1 inci lengkuas

1 inci kunyit hidup

3 batang serai



Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.

2. Masukkan daging dan kacau rata.

3. Biarkan daging sebati dengan rempah di atas sebentar.

4. Masukkan santan, garam, gula dan biarkan kuah menjadi agak pekat.

5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.

6. Biarkan sehingga naik minyak dan tutupkan api.


Siap dihidang dan tunggu untuk dimakan...nyum3