"WELCOME FRENZ"

Monday, December 12, 2011

Ikan Keli Masak Lemak Cili Api



Bahan-bahan ( 2 orang )

1 ekok ikan keli sederhana besar (disiang,dibersihkan dan direndam dgn air asam jawa dan garam kasar)
10 biji cili api/ 5 biji cabai tanduk (boleh + klau nk pedas)
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
semangkuk santan/500ml
garam dan perasa secukupnya
sedikit garam halus dan serbuk kunyit
2 keping asam keping
1 biji buah tomato & daun kunyit (ikut suka tak letak pun jadi gak)

Cara-cara

1.ikan yg telah dibersihkan,diperap dgn garam halus dan serbuk kunyit,..gorengkan ikan jgn terlalu garing dan ketepikan.

2.tumbuk cili api + bawang merah + bawang putih + serai dan kunyit hidup.

3.tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk hingga naik bau wangi (pecah minyak)


4.masukkan pati santan,asam keping dan biar sampai menggelegak sekejap. perasakan dengan garam n serbuk perasa.

5.lastly masukkanlah ikan keli yg telah digoreng tadi bersama buah tomato n daun kunyit,...da siap dah boleh makan dengan nasi panas,tapi sebelum tu sediakan air lebih sikit untuk yg x tahan pedassss....

Kuah Sate@ kuah kacang utk nasi impit



Bahan-Bahan:

180 gm kacang tanah (goreng dan tumbuk separuh hancur)

2 sudu kecil asam jawa

5 sudu kecil gula

1 ½ sudu kecil garam Bahan-bahan kisar

15 biji cili kering

2 ulas bawang putih

12 ulas bawang merah

3 batang serai

1 sudu besar ketumbar

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

5 biji buah keras1 ½ cm belacan

Cara:

1. Kisarkan terlebih dahulu cili kering, bawang putih, bawang merah, serai, ketumbar, jintan manis, jintan putih, buah keras dan belacan sehingga benar-benar mesra.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga terbit minyak.

3. Setelah itu masukkan kacang yang telah ditumbuk tadi (anda boleh memasukkan santan jika perlu).

4. Panaskan dengan api yang perlahan.

5. Seterusnya masukkan asam jawa, gula dan garam.

6. Masak selama 5 minit sebelum boleh dihidangkan bersama sate.

7. Sila jemput sanak saudara untuk menjamu selera...nyum...nyum... :P

Rendang Daging...yum2




RENDANG DAGING



Bahan-Bahan:



1 kg daging 4 helai daun kunyit [sepatutnya dihiris halus tp kita hiris kasar krn nak jimat daun kunyit]


135ml minyak 500ml santan pekat


2 sd besar kerisik garam dan gula secukup rasa



Bahan Blend:


cili kering ikut kepedasan sendiri

3 biji bawang besar

9 biji bawang merah

4 biji bawang putih

1 inci halia 1 inci lengkuas

1 inci kunyit hidup

3 batang serai



Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.

2. Masukkan daging dan kacau rata.

3. Biarkan daging sebati dengan rempah di atas sebentar.

4. Masukkan santan, garam, gula dan biarkan kuah menjadi agak pekat.

5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.

6. Biarkan sehingga naik minyak dan tutupkan api.


Siap dihidang dan tunggu untuk dimakan...nyum3

Friday, June 3, 2011

Suami...Jangan Kau Menongkat Langit!!

Ruangan ini memberi peluang kepada seorang pembaca yang menulis mengenai kisah hidupnya. Sedih sekali membaca kisah Khadijah (bukan nama sebenar) yang mendapat layanan buruk daripada suami yang sepatutnya melindunginya. Ikuti tulisan beliau.

"Saya tertarik hati membaca tulisan Siti Nur Almizan bertarikh 8 Oktober lalu di halaman Ratu, Berita Harian bertajuk 'Sokongan Suami Penawar Duka' kerana saya juga pesakit barah payu dara, tetapi nasib saya kurang baik sebab 'suami menambah duka'. Saya disahkan menghidap barah payu dara pada Oktober 1998 ketika berumur 44 tahun. Saya mempunyai empat orang anak yang sedang bersekolah ketika itu. Saya membuat pemeriksaan awal sendiri di hospital sehinggalah pengesahan daripada doktor mengenai penyakit itu tanpa suami. Mungkin nasib saya agak baik kerana bertugas sebagai pendidik, jadi tidaklah terlalu memikirkan masalah kewangan. (Suami saya juga seorang pendidik).Saya akur dengan nasihat doktor untuk menjalani pembedahan bagi membuang sebelah kanan payu dara dengan segera dan saya perlu memberi tahu suami mengenainya. Ketika itu saya memang tidak dapat membayangkan masa depan saya dalam keadaan yang cacat 'mahkotanya'. Perasaan berbelah bagi sama ada hendak bedah atau mencari pilihan lain atau merahsiakan saja daripada suami dan keluarga. Namun apabila membayangkan wajah anak-anak yang memerlukan, saya berjanji kepada diri sendiri

'Aku mesti sihat demi masa depan anak-anak' dan saya menerima musibah ini sebagai ujian Allah selepas diberi kaunseling oleh seorang jururawat. Dalam keadaan yang sangat sedih saya memberitahu suami mengenai perkara itu dengan harapan saya akan mendapat semangat atau sokongan manja daripadanya,tetapi jawapan yang diterima ialah....

"Kalau doktor kata bedah .. bedahlah..kalau sampai masa untuk mati. matilah nak buat macam mana?.." Di manakah tempat untuk saya meletakkan kesedihan ketika itu? Saya tidak mahu menunjukkan kesedihan di depan anak-anak kerana saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu jika saya tidak bersemangat. Begitu pun, suami setuju untuk saya dibedah dan dia berjanji menerima keadaan diri saya seadanya selepas pembedahan. Pada awal November 1998 saya menjalani pembedahan mastektomi, tetapi sebelum itu doktor menasihatkan suami untuk bercuti pada hari pembedahan, tetapi suami tidak bersetuju dan apabila saya meminta suami hadir awal ke hospital sebelum saya masuk ke bilik bedah, dia hanya berkata "tengoklah kalau sempat datang" (saya akan di bedah jam 8.30 pagi). Kesedihan saya bertakuk lagi apabila saya sudah pun dipakaikan dengan baju bedah, suami masih lagi tidak muncul-muncul sehingga saya dibawa ke Bilik Bedah tanpa iringan suami yang sepatutnya memberi sokongan kepada saya, juga untuk saya mencium tangannya sebelum dibedah, manalah tahu jika umur tidak panjang.

Saya berada di wad selama 10 hari, apabila pulang ke rumah, suami tidak sabar-sabar untuk menuntut layanan intim daripada saya tanpa bersimpati dengan apa yang saya tanggung selepas pembedahan, meleleh air mata ketika menunaikan kehendaknya, dan begitulah seterusnya.

Memandangkan bekerja dengan kerajaan, saya diberi cuti bergaji sepanjang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.Suatu hari saya diperkenalkan dengan payu dara gentian (silikon) oleh seorang jururawat hospital yang harganya lebih kurang RM300 dengan bayaran dua atau tiga kali. Saya menyuarakan kepada suami untuk membelinya, tetapi suami dengan selamba berkata: "Buat apa beli harganya mahal. sumbat sajalah dengan kain buruk!" Apakah perasaan saya ketika itu? Memandangkan saya mempunyai wang gaji sendiri, saya beli silikon itu dan gunakan hingga hari ini dengan selesa walaupun sudah sedikit rosak (10 tahun guna) kini saya sedang mencari di mana boleh membeli yang baru. Saya pernah mengajak suami untuk pergi mencari yang baru, tetapi tidak dilayan.

Sepanjang mendapatkan rawatan, ada kalanya saya tidak boleh pergi kehospital sendirian, saya perlukan pertolongan suami untuk memandu kereta contoh ketika membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi. Ketika itu saya terpaksa bersabar dengan rungutan, muka yang masam, ada kala membisu dan pelbagai macam kerenah daripada suami. Saya hampir hilang semangat untuk meneruskan rawatan susulan selepas pembedahan, tetapi atas nasihat doktor pakar yang merawat saya dan tidakjemu untuk memujuk supaya saya menghabiskan rawatan terutama kemoterapi dan radioterapi. Kadangkala saya rasa tertekan oleh sikap suami yang berasa jijik apabila tiap kali rawatan kemoterapi, saya akan mengalami muntah-muntah dan dia akan menjauhkan diri daripada saya. Bila bertanyakan pendapat suami adakah saya perlu memberhentikan saja rawatan kerana sikapnya itu, dia menjawab: "Suka hatilah. Kalau Tuhan nak pendekkan umur, rawatan macam mana pun tetap mati juga." Itulah kata-kata 'sokongan' yang saya terima daripada suami, yang penting baginya saya tidak menyusahkan dia untuk meminta pertolongan. Bagi memudahkan saya memandu, saya menukar kereta jenis automatik dan kembali bekerja apabila cuti sakit tamat. Demi anak-anak saya bertekad, reda dan berdoa kepada Allah supaya saya diberi ketabahan dan kekuatan iman untuk menghadapi semua perkara yang menyedihkan.

Saya membina semangat sendiri dengan sokongan sahabat baik yang bersimpati. Saya menjaga kesihatan dengan membaca pelbagai artikel dan membeli ubat-ubatan (vitamin) yang boleh menguatkan imunisasi dengan kewangan sendiri. Suami tidak percaya jika saya sekali-sekala mengatakan penat atau kurang sihat sebaliknya dia akan menuduh saya sengaja berkata begitu sebagai alasan untuk tidak melayan kehendaknya. Bermakna saya mesti sihat sentiasa demi kebahagiaan suami dan keluarga. Saya mulakan keredaan kepada Allah dengan membaca al-Quran dan surah Yassin sebagai 'Syifa' (penyembuh) dan bermohon supaya diberikan kesihatan baik sehingga anak-anak boleh berdikari.

Saya luangkan masa untuk ke kelas mengaji dan berzanji, sedangkan suami pula terus membuat pelbagai kerenah yang kadang-kadang memberi tekanan emosi kepada saya walaupun saya tahu itu adalah tidak baik bagi pesakit barah. Tetapi apa boleh buat sudah sikap suami begitu, justeru saya mencari ketenangan di sejadah dan daripada urusan kerja di sekolah. Memang Allah itu maha pengasih ketika saya masih lagi belum sembuh sepenuhnya, saya memohon untuk menunaikan Fardu Haji di Makkah. Alhamdullilah pada awal 2001 saya diterima untuk menunaikan ibadat haji dan saya pergi tanpa suami dengan hanya menumpang seorang bapa saudara yang berumur 75 tahun ketika itu. Saya bersyukur sepanjang menunaikan ibadat di Makkah, saya sihat walaupun berjalan jauh ke masjid untuk tawaf, saie dan melontar jamrah.

Doktor ada membekalkan ubat-ubatan, tetapi saya rasa sihat dengan air zam zam. Itu cerita hampir 10 tahun lalu. Kesabaran yang Allah kurniakan kepada saya,dapat mengatasi segala kesedihan yang ditanggung. Dua orang anak saya sudah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri, seorang anak saya baru saja menamatkan pengajian dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan sudahpun bekerja, hanya seorang lagi anak masih lagi di IPT. Namun suami tidak bersyukur dengan keadaan saya yang sentiasa berusaha untuk yang terbaik bagi menyihatkan diri tanpa menyusahkan dia baik dari segi masa mahupun kewangan.

Saya bekerja dengan lebih bersemangat dan dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan dianugerahkan Guru Cemerlang pada 2008.Saya sentiasa positif dan ceria kepada semua perkara yang saya lakukan sehingga sukar untuk sesiapa percaya bahawa saya adalah pesakit barah payudara. Begitupun, saya tidak boleh lari daripada ujian Allah. Dugaan dan kesedihan datang lagi selepas 10 tahun saya membina semangat dan jati diri sendiri.Saya rasa apa yang saya lakukan tidak mempunyai nilai apa-apa dan semangat terbina akan luntur jua jika tiada sokongan yang kuat kerana dua hari sebelum saya menyambut ulang tahun ke-55 kelahiran saya, suami bertindak keluar rumah dan mendaftarkan perceraian di Mahkamah Syariah.

Saya dijatuhkan talak dengan alasan 'isteri enggan melayan suami' selepas 30tahun hidup bersama dan suami lupa pada janjinya. Saya rasa terlalu aib dan hina sekali, saya tidak mahu membantah alasan yang diberi kerana mahu menjaga maruah suami di mahkamah sebaliknya menerima perceraian itu dengan reda dan ketentuan Ilahi dengan persoalan 'layanan yang bagaimanakah dikehendaki oleh suami dan apakah hina mempunyai sebelah payu dara?'

Perkara ini berlaku disebabkan pada awal sesi persekolahan 2009, sebagai guru yang agak sibuk sedikit dengan tugasan awal tahun, ada kalanya saya sangat letih (waktu balik jam 3.00 atau 4.00 petang, tetapi 10 minit sudah sampai ke rumah). Ketika itu suami sudah bersara wajib 56 tahun. Selain itu, saya juga sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan anak. Saya tidak pernah ada pembantu rumah sejak mula berkahwin dan semua urusan anak serta rumah tangga saya uruskan sendiri. Suami akan membantu mengikut mood dan suatu malam saya menolak kehendak intim suami kerana terlalu letih. Itulah pertama kali saya menolak dan keesokan harinya suami terus dingin berpanjangan, saya cuba membaiki keadaan, tetapi dia menambahkan emosi saya.

Suami keluar dari rumah ketika saya bekerja. Suami balik ke kampungnya dan mungkin bercerita kepada saudara-mara di sana mengenai kekurangan diri dan layanan yang saya tidak tunaikan kepadanya. Akhirnya dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya yang berbunyi.

"Jumpa di pejabat kadi," dan saya membalas

"Untuk bincang apa?" Dia menjawab SMS

"Aku bukan nak bincang, tapi nak ceraikan kau!"

Baru-baru ini, dengan bangga sekali bekas suami memberi tahu anak-anak yang dia akan berkahwin lagi dan menghantar SMS kepada saya yang berbunyi

"Dia tak macam engkau",

mungkinkah maksudnya wanita itu lebih baik dari saya yang sudah cacat mahkotanya? Kenapa ya. Haruskah saya meneruskan semangat diri pada hujung-hujung usia begini?Perlukah saya menyambung kesedihan sebagai pesakit barah payu dara sehingga ke akhir hayat kerana terlalu mahal untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang dipanggil suami?

Pada ketika ini, saya berserah kepada Ilahi dan saya tidak peduli lagi apa akan berlaku pada diri saya selepas ini, andainya saya positif semula pada penyakit itu, saya reda ianya menjadi titik terakhir dalam kehidupan saya.Itulah semangat yang mula tertanam di hati saya.

" Kepada Khadijah, langit tidak selalu mendung. Pada usia semakin senja, usah biarkan penghinaan bekas suami menjadi kudis di hati. Anggaplah tindakan dan kata-katanya bagai orang tua yang sudah nyanyuk. Pekakkan telinga, kerana hakikatnya Khadijah jauh lebih baik daripada bekas suami. Sesungguhnya, tindakan Khadijah yang tetap sabar dengan segala tindakan atau kata-kata melampau suami, amat terpuji.

Kehilangan payu dara bukan noktah kepada kehidupan. Ini ujian daripada Ilahi dan ingatlah, Khadijah 'dipilih' kerana kesabaran tinggi yang dimiliki. Hanya insan sabar seperti Khadijah yang mampu mengharungi 10 tahun palingmenyakitkan itu. Mungkin perceraian jalan terbaik supaya Khadijah tidak lagi disakiti. Malah inilah masanya untuk Khadijah melakukan apa saja untuk diri sendiri, sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika hidup bersama bekas suami. Sama-samalah kita renungkan. muhasabah diri..

Pengajaran Buat Gadis-gadis.

Teman saya ini (katakanlah namanya Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (Kita sebut sajanamanya Andy).

Ema sangat mengkagumi profil dan karakter Andy.. Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap yang profesional dan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu).

Ema pula adalah seorang wanita yang memiliki segala yang diidamkan oleh seorang lelaki, bentuk tubuh yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak, berpewatakan ceria & suka tersenyum.Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai menyayangi Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan.

Semakin hari dia semakin jatuh hati kepada Andy.Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional dipejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuri urusan pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B'worth , Perak, Kedah dan Perlis Dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.

Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap disebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi kerana hanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Ema. Kerana memang sudah sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Ema agak "sedikit senang" dengan kondisi darurat tersebut)!Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela kamar.

Masalahnya, kamar tersebut hanya memiliki 1 ranjang berukuran panjang dan tidak memiliki kursi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di lantai. Jadi akhirnya mereka tidur sekatil . Setelah Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.

Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat di'admire' kannnya. Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana katilnya memang kecil.

Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy,

"Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong jendelanya ditutup saja?

"Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur sehingga dia berkata lagi

"Abg Andy..."Kali ini Andy langsung menjawab:

"Ema, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?

"Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya:

"Maksud abg Andy?"

"Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu,seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!

"Keh.. keh.. keh.. Tension kan. Boleh imagine muka semua orang. Dah sekarang boleh balik buat kerja yang patut dibuat.Korang ni kalau bab2 macam ni tekun je korang baca..

Kerutup Udang.

sedap makan ngan pulut




BAHAN-BAHANNYA

1 kg udang galah (atau udang bersaiz besar)
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka,Garam secukup rasa

A...
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah1 camca besar cili kisar
1/2 biji bawang besar

B...
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

C...
3 cm kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar



CARA MEMBUATNYA


1. Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan. Kisar halus bahan2 "A". Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.

2. Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi, masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.

3. Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.

4. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika suka....Sedapppp!!

Ajis Si Kaki Pancing.

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya...

Hikmah Berbakti Kpd Kedua Ibubapa..

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukupmemerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan,

"Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.

"Siapakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanyaNabi Sulaiman kehairanan.

"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.

"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi.

Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.

"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai.Dalam perjalanan aku melihat sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.

"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.

"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalamkubah."

"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"

"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan.

"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya.

Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

Thursday, June 2, 2011

Berkongsi Rumah Dengan Syaitan..

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. ..

KISAH BENAR ......
Bumi merupakan alam nyata bagi membina perkampungan dan kediaman manusia.
Namun disebalik pandangan mata kasar terdapat juga kejadian Allah,makhluk halus yang turut sama mendiami alam maya ini.Mereka bukan setakat hidup malah mempunyai naluri yang sama seperti manusia,mencari tempat kediaman yang sesuai dalam kehidupan .Sekiranya harta yang anda miliki menjadi pilihan mereka untuk lokasi kediaman,sudikah anda berkongsi ruang dengan mereka ? Ikuti pengalaman detik-detik ngeri yang dialami seoarang eksekutif sebuah firma perniagaan selatan tanahair mengharungi sedemikian.

Menurut Azman ,pengalaman diganggu mahkluk halus tersebut dialami ketika cuti akhir tahun persekolahan tahun lalu.Beberapa hari sebelum berlangsungnya pertunjukan bertaraf antarabangsa di Pulau Langkawi dan Sambutan Hari Raya Haji.Pada peringkat awal dia hanya menghantar ibu,isteri dan anak-anak balik ke kampung halaman di Arau,Perlis untuk menziarahi keluarga sempena cuti sekolah.Apabila keluarga sebelah isterinya membawa menjenguk Pulau Langkawi menyaksikan pertunjukkan pesawat dan kapal laut,keluarganya sibuk pula mahu turut serta.Kebetulan pula salah seorang iparnya telah membina chalet untuk penginapan pelancong di Pulau tersebut.Oleh kerana Azman tidak dapat meninggalkan kerjanya terpaksalah dia pulang ke Johor dan meninggalkan keluarganya bercuti lama di kampung halaman.Pada mulanya Azman merancang untuk bertolak pulang sebelah pagi.Tujuan utamanya adalah untuk mengelakkan masalah mengantuk apabila memandu seorang diri pada malam hari.Sebelum peristiwa itu,beliau hanya menggunakan lebuhraya tersebut untuk perjalanan jarak dekat.Jika perjalanan jauh pula mesti bersama kawan untuk bergilir-gilir memandu.Jadi tidaklah menghadapi masaalah mengantuk atau letih memandu seorang diri.Malang tidak berbau,pada waktu malam sebelum bertolak balik,kereta yang dipandunya terhumban ke dalam sawah.Peristiwa itu berlaku gara-gara dua ekor kerbau yang melintas jalan.Keadaan tanah sawah yang lembut dan lecak akibat hujan sebelah petang hari menyukarkan usaha mengeluarkan kereta tersebut.Semakin digerakkan mengundur ke belakang,makin dalam pula tayar bahagian hadapan terbenam ke dalam selut.Untuk meminta bantuan orang ramai bergotong royong pula agak sukar kerana hari sudah gelap.Akhirnya terpaksalah kereta tersebut ditinggalkan dalam bendang menunggu siang hari.Setelah berhempas pulas dari pagi dengan bantuan orang ramai,akhirnya kereta tersebut dapat dikeluarkan menjelang tengahari.Kerosakkan yang dialami tidaklah serius,hanya sedikit lekuk pada dinding,tercabut bumper bahagian hadapan dan nombor plat kenderaan tertanggal.Selesai membaiki kerosakan,pada sebelah petang barulah dia bertolak pulang dari rumah mertua.Walaupun sudah merasa sedikit keletihan,dikuatkan semangat untuk pulang.Dia tidak mahu pekerjaannya terganggu.Seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan rekod perkhidmatannya sebagai ' orang kepercayaan ' pihak atasan dipejabat.

Perjalanan dari rumah mertuanya hingga kawasan susur masuk ke Tol Juru berjalan lancar tanpa sebarang halangan.Jalanraya agak lapang kerana waktu itu bukan musim cuti perayaan .Sekitar jam 08:00 malam Azman tiba dikawasan terowong Ipoh . (TEROWO N G ME N ORA) Di kawasan itulah detik pertama dia mengalami gangguan.Sebaik sahaja memasuki terowong, Azman tersentak.Telinganya menangkap suara memanggil " Abang ! Abang ! " .
Suara wanita,halus dan lunak ! .Suara siapa memanggilnya dalam kegelapan malam di kawasan terowong begitu. Azman begitu pasti bahawa dia tidak berkhayal. Di keluarkannya telefon bimbit dari saku untuk melihat kalau-kalau suara itu datang dari telefon bimbitnya.Tidak ada tanda panggilan.Suara yang baru didengar sebelumnya bukan suara yang tersimpan dalam memori telefon bimbit,suara itu amat asing baginya.Dia tidak pernah menyimpan nada sebegitu dalam telefon bimbitnya.Radio kaset kereta mengalunkan irama lagu hit Hindustan.Mustahil ada selingan suara mel ayu dalam alunan lagu tersebut.Tingkap kereta juga bertutup rapat.Tidak mungkin ada suara dari luar menerjah masuk. " Abanggggg ! " kali ini suara itu muncul lebih manja dan menggoda. Azman melihat cermin sisi.Jalanraya lengang,kosong,tidak ada sebarang kenderaan dibelakang.Sesekali ada juga kenderaan dari arah bertentangan menderu laju membelah kepekatan malam.Hatinya mula berdebar . Sah ! ada sesuatu sedang mengganggu perjalanannya.Lagu Hindustan yang sedang berkumandang dihentikan.Kumat-kamit mulutnya membaca Al-Quran yang dihafal.Tanpa sedar had kelajuan kenderaan semakin bertambah.Kalau boleh dia mahu cepat-cepat meninggalkan kawasan lebuh raya sunyi tersebut.Menghampiri kawasan Gua Tempurung satu gangguan lagi dialaminya.Terlihat sesusuk tubuh manusia melintasi jalan lalu berdiri menahan kenderaannya.Susuk tubuh seorang perempuan.Bajunya kusut masai,compang-camping berlumuran darah.Tentunya bukan hantu bisik hati kecilnya kerana biasanya susuk tubuh hantu yang diketahui berpakaian putih,baju labuh mirip seperti fesyen pengantin cina.Mungkin wanita tersebut terlibat dengan kemalangan bisiknya.Hampir-hampir dia memberhentikan kenderaannya tetapi fikirannya pantas menangkap sesuatu yang tidak kena.Tentunya dia bukan manusia biasa !

Manusia biasa tidak mungkin dapat melintas jalan dengan pantas seperti terbang sebelum menahan keretanya.Spontan kakinya menekan pedal minyak,memecut laju meninggalkan kawasan itu.Suara perempuan mengilai-ngilai mengisi ruang malam kedengaran sebaik sahaja dia memecut laju meninggalkan wanita berbaju kumal berlumuran darah tersebut.Dalam situasi ketakutan tangannya memaut stering mengelak sesusuk tubuh yang terbaring di jalan.Ya Allah ! pekiknya kemalangan ngeri.Bukan satu,dua tetapi berbelas-belas tubuh berlumuran darah bergelimpangan ditengah jalan.Mayat-mayat bergelimpangan dengan darah mengalir memenuhi jalanraya.Ada pula yang sudah bertutup dengan kain kapan.Bunyi Hon kuat diiringi suara brek dari arah belakang mengejutkannya.Ternyata dia masih bernasib baik kerana sebua bas ekspress yang laju datang dari arah belakang masih mampu dikawal dari merempuh keretanya.Cepat-cepat dia memaut stering ke kiri.Tindakan pantasnya menyebabkan dia melanggar sekujur tubuh yang sudah berbalut kain kapan terbaring di jalan.Tetapi aneh ! kenderaannya tidak melambung seperti sewajarnya bila melanggar tubuh kaku tersebut.Hanya seumpama merempuh kabus semata-mata ! . Ayat suci Al-Quran terus dibacanya berulang ulang kali.Bas ekspress yang tadi hampir merempuhnya memotong dan membunyikan hon sekali.Tidak pasti adakah tanda marah atau peringatan.

Azman balas dengan Hon sekali juga.Tubuhnya gementar.Jantungnya berdebar.Terasa menyesal pula dalam hati kerana menolak pelawaan saudara mara untukbercuti di utara.Mudah-mudahan janganlah ada petaka lain menggganggu dalam perjalanan seterusnya.Itulah doanya dalam hati sebelum membelokkan kereta di salah sebuah kawasan Rawat dan Rehat ( R & R ) yang paling hampir.Di situ dia menunaikan Solat Maghrib dan Isyak secara Jamak dan Qasar.Selepas mengisi perut dengan roti bakar dan kopi O panas dia masuk ke kereta semula untuk menyambung perjalanan.

Ketika menghidupkan enjin kenderaan,datang seorang lelaki mengetuk cermin kenderaannya. Azman menurunkan cermin kenderannya untuk mengetahui maksud kedatangan lelaki itu.Riak kehairanan tidak dapat di buang dari wajahnya kerana sebelum ini memang dia tidak pernah mengenali lelaki tersebut . "
Lain kali kalau mengantuk bawa berehat Bang.Tidur dulu ! Bahaya abang memandu macam tu.Abang bawa kereta ke tengah,ke tepi kat kawasan Gua Tempurung tadi tu,nasib baik saya sempat brek ! kalau tidak , kereta abang dengan bas-bas saya berangkut ke balai malam ni...." .Kata lelaki itu dengan nada agak keras.Tahulah Azman bahawa lelaki tersebut merupakan pemandu bas ekspress yang hampir merempuhnya di kawasan Bukit Tempurung sebelumnya . " Maaflah...saya bukan sengaja. Saya mengelak mayat-mayat tadi tu,tak perasan saya ada kenderaan belakang.."Jawab Azman . " Mayat ? Mayat apa ? Mana ada Mayat ..Abang memandu dalam mimpi tak ...." Lelaki itu menyoal dengan nada hairan.Jelas apa yang dilihat dan dielak bersungguh-sungguh sepanjang kawasan Bukit Tempurung tersebut adalah ilusi Azman semata-mata. " Kawasan tu memang keras Bang.....Ramai orang N ampak macam-macam dekat situ.Dalam tahun 90 an dulu ada tanah runtuh di situ. Banyak makan Korban.Mungkin Roh dia orang berkeliaran.Kalau boleh elakkan dari memandu sorang-sorang kat situ....." .. Nasihat pemandu bas tersebut sebelum meninggalkan Azman . " Gangguan yang menimpa saya tidak habis setakat itu sahaja.Sepanjang perjalanan saya terus di ganggu.Cuma tidaklah sehebat ketika melalui kawasan Bukit Tempurung.Kadang-kadang ada bau kemenyan,bau wangi bunga,bau busuk hanyir.Kadangkala saya dengar orang memanggil tetapi bila saya dengar betul-betul suara itu hilang.Tak tahu nak buat apa lagi.Macam nak tinggalkan kereta saya kat tepi jalan dan balik naik bas sahaja malam itu ......." , Mohd Azman bin Wahid ,35 menceritakan pengalamannya. " Akhirnya saya cakap sorang-sorang,kuat-kuat...! Kalau kau nak tumpang,tumpanglah ! Jangan kacau aku.Barulah aman sikit. Ada masa saya dengar suara budak-budak bergurau,berkelahi sesama sendiri. N ampaknya bila dah kena " WAR N I N G " jangan buat kacau,dia bawa anak beranak dia pula menumpang kereta saya !" .. " Bau bermacam-macam tu tidak terus mengganggu saya.Sudah sampai rumah selang satu dua hari bau busuk,kemenyan,bunga rampai terus menerus mengganggu saya lagi.Bukan sahaja saya,tetapi kawan-kawan yang menumpang kereta terhidu sama.Balik dari Langkawi,keluarga saya pun terhidu sama.Setiap kali naik kereta,anak saya ayik mengadu bau busuk,bau kemenyan..." ..

Dengan nasihat kawan-kawan,akhirnya saya bawa kereta saya berjumpa seorang tua di Pekan Gelang Patah,Johor.Akhirnya masalah itu dapat diatasi.Dia ajak saya sama-sama baca Ayatul Qursi dan Ayat Empat Qul pada setengah baldi air.Selepas itu tak tahulah doa dan bacaan apa dia bacakan waktu merenjis dan menjirus kereta saya.Kalau tengok sekali macam dia berinteraksi dengan makhluk dalam kereta saya......" . " Orang tua yang saya jumpa tu cakap lebih kurang macam ni lah ........ " Wak tengok-tengok makhluk itu bukan dari kawasan Gua Tempurung ! . Sebelum balik Johor engkau ada tinggalkan kereta dalam sawah kan ? ! Waktu itulah makhluk itu masuk mendiami kereta engkau,bukan satu tetapi sekeluarga.Makhluk itu rasa selesa dan serasi nak jadikan kereta ni rumah baru mereka.Anak-anak dia pun rasa seronok sama.Kalau kamu terlibat dalam nahas kat Bukit Tempurung itu kelmarin memang beraya sakanlah mereka dalam rumah baru ! N asib baik kamu dapat kawal diri masa memandu...." . " Bau macam-macam dalam kereta engkau ni sebenarnya bau keluarga makhluk itulah.Anak beranak syaitan ini ada macam-macam bau.Ada bau kemenyan,bau bunga kenanga,bunga rampai,hamis macam usus ayam ..Tetapi jangan bimbanglah,wak dah usir mereka balik kat tempat asal mereka.Wak cakap kamu dan sekeluarga tak sanggup berkongsi rumah kediaman dengan mereka.." .. " Selepas ini kalau naik putarkan sama ayat-ayat Al-Quran.Jangan asyik putar lagu Hindustan memanjang.Makhluk macam itu suka dengan bunyi-bunyian,muzik,paluan gendang, sebab itu kereta kamu ini menjadi pilihan keluarga mereka ! " . " Begitulah pengalaman saya yang terjadi dalam bulan Disember yang lalu.

Kisah yang diceritakan oleh Azman ini seharusnya menjadi iktibar buat kita semua.Kita tidak harus melekakan diri dengan Hiburan semata-mata dalam kehidupan sementara di dunia ini.Selain dari menjaga hubungan dengan manusia kita wajib meyakini kewujudan makhluk halus sebagaimana maksud firman Allah didalam Al-Quran .

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG) BACAAN Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas CARA

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

2.0 AYATUL KURSI BACAAN Terjemahan; Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN BACAAN Terjemahan:
(1) Yaa Siin.
(2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah,
(3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul,
(4) (yang berada) di atas jalan yang lurus,
(5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang,
(6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.
(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman.
(8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah.
(9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA
1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU BACAAN Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA
1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK BACAAN Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Thursday, May 19, 2011

Begitu mahalnya seorang perempuan di sisi Allah .

Untuk renungan kita bersama!! Bagi kaum hawa, bersyukurlah kerana awak seorang wanita dan patuhilah perintah Allah. Wassalaam

ISTIMEWANYA PEREMPUAN ISLAM
Kaum feminis bilang, susah jadi perempuan Islam, lihat saja peratuan dibawah ini : -

- Perempuan auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki,
- Perempuan perlu meminta izin suaminya apabila mau keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya,
- Perempuan saksinya kurang dibanding lelaki,
- Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki,
- Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak,
- Perempuan wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat kepada istrinya,
- Talak terletak ditangan suami dan bukan ditangan istri,
- Perempuan kurang dalam beribadah karena masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Kenyataannya. .. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan disayang serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Tentunya intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Demikian halnya dengan perempuan dan auratnya. Bukan kah Mulai namanya tu..? Perempuan perlu taat kepada suaminya, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang perempuan? Bukan kah Mulia tu..?

Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki, tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima warisan, perlu menggunakan hartanya untuk istri dan anak-anaknya. Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tatapi setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah di muka bumi ini, dan jika meninggal karena melahirkan adalah syahid. Bukan kah mulia namanya tu.?

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan diminta pertanggung jawabannya terhadap 4 perempuan, yaitu istrinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Sedangkan seorang perempuan, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki yaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang perempuan boleh memasuki pintu surga melalui pintu surga manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat yaitu sholat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya. bukankah mulia namanya tu..??

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi perempuan jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berjihad tanpa perlu mengangkat senjata. Bukan kah mulia namanya tu..??

Masya Allah....Subhannallah....begitu sayangnya Allah kepada perempuan. Renung2kan...

Jalan-jalan makan angin

BUKIT MERAH PERAK



Sini la tmpt kami nginap...Sempoiii


Seronoknya... possing maut gitu


Lps check-out pegi Eco Park tgk animal show


On the way nak gie Bukit Merah dan lg Afiqah dok melaram dlm keta...hik3





Bermandi-manda di swimming pool suria apartment ehehehe...