"WELCOME FRENZ"

Thursday, July 29, 2010

Kata-kata hikmah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Rahsia AL-Qursi

allahhuakbar..
alhamdulillah..

Ayat ini diturunkan
setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta
bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut
keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
Rasullullahs. a. w. bersabda bermaksud:"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya."

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar
daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat
menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi
juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,Insya- Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada
dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah
melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum
keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,
Rasullullah s. a. w. bersabda," SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Wallahua'alam

Sunday, July 18, 2010

Kematian & peringatan utk kita semua...

Membicarakan perihal kematian akan membuatkan kita terdiam sejenak, kelu dan hilang kata-kata sewaktu rancak berbicara.

Sesiapa sahaja yang sedang asyik ketawa dan berbicara tentang perihal dunia maka pastinya akan terdiam atau sekurangnya merasa kurang enak apabila kita berbicara tentang kematian.

Kematian

"(Dialah) yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Al-Mulk: 2).

Cubalah berbicara tentang meninggal dunia, mengingati orang-orang sekeliling kita yang telah pergi mengadap Allah, jasad yang kaku, hilang segala-galanya hubungan dengan kehidupan.

Fikirkan pula tentang kubur, ruangan yang kecil, perlahan-lahan jasad diturunkan ke dalam lubang lalu ditimbus.

Gelap gelita, sempit sehingga sesak nafas, apa masih bernafaskah ? Ruangan yang gelap dan kehidupan yang tidak pasti apa akan berlaku seterusnya di hadapan. Kehidupan lalu di dunia semuanya terputus dan hilang tanpa ada upaya kembali walau sesaat untuk menguruskan apa yang belum sempat.

Tiada masa dan tidak akan ada peluang untuk membetulkan kembali kesalahan lalu, apakah masih berpeluang merangkak keluar dari kubur dengan jasad yang sudah tiada nyawa, tiada darah mengalir, badan yang sejuk kaku dan lama-lama membusuk ?

Masih berpeluangkah merangkak keluar dan kembali ke dunia dan kembali ke sisi keluarga untuk mengucup pipi ibu dan ayah bagi melepas rindu ? atau memeluk isteri barang sekali dua melepas rasa dendam kasih atau mencium anak-anak dan mengusap wajah dan kepala mereka sekejap cuma ?

Punyai waktu lagikah untuk menguruskan beberapa kerja yang tertangguh yang belum sempat disiapkan disebabkan datangnya malaikat mencabut nyawa dengan begitu cepat tanpa sempat membuat persediaan dan tanpa pemberitahuan ?

"Tiap-tiap umat memiliki ajal (batas waktu); maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula mempercepatkannya" . (al-A’raaf: 34).

Kematian datang secara tiba-tiba dan tiada sesiapa dari kalangan manusia yang tidak terkejut dengan mati kecuali orang yang benar-benar beriman dan berjuang di jalan Allah yang mengharapkan kematian kerana Allah swt.

Kematian boleh berlaku dengan kemalangan, kecederaan atau sakit atau kadang-kadang tergempar dan tiba-tiba begitu sahaja. Maka hendaklah difahami bahawa tujuan hidup ini ialah beribadah dan melaksanakan satu misi khusus iaitu menjadi hamba dan beribadah kepada Allah swt sehingga mendapat redha-Nya dan memenuhi tanggungjawab kepada-Nya.

"Apakah manusia mengira, bahwa dia akan dibiarkan sia-sia?" (al-Qiyamah: 36)

Berkata Imam Syafi’i (ketika menafsirkan ayat ini): “Makna sia-sia adalah tanpa ada perintah, tanpa ada larangan.” (Tafsirul Quranul Karim, Ibnu Katsir, jilid 4, cet. Maktabah Darus Salam, 1413 H hal. 478) .

Ayat ini sudah dijawab oleh Allah swt dengan ayat yang lain apabila Allah menyebut : "Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (adz-Dzariyat: 56).

Penciptaan manusia ini sememangnya untuk beribadah dan menjalankan kewajipan kepada Allah swt tanpa mempedulikan apa pandangan manusia dan penghinaan yang diterima.

Seseorang yang akan mati maka tetap akan mati tetapi hendaklah berusaha mencapai kematian yang baik. Bagaimanakah kematian yang baik ? Apakah mati di atas tilam dalam pelukan isteri ? Mati di Mekah di dalam Ka'bah atau mati di dalam Masjid ? atau Mati di dalam loji najis atau mati di dalam Kereta kerana kemalangan atau di atas katil kerana sakit atau di atas jalan kerana ditembak oleh musuh Allah ??

Kematian yang baik ialah apa yang disebutkan oleh Allah swt di dalam kitab-Nya : "Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kalian mati melainkan kalian mati dalam keadaan Islam". (Ali Imran: 102).

Selama kematian itu dalam Islam dan kerana Islam maka tidakah mengapa keadaan mati itu kerana bukan cara mati itu baik digantung, ditembak, dibunuh, kemalangan itu yang menjadi perkiraan sebaliknya keadaan diri dan iman dan agama kita sewaktu mati itu yang menjadi nilaian Allah swt.

Oleh : Ustaz Emran

Wednesday, July 14, 2010

Cinta seindah langit

RUMAH banglo dua tingkat. Angin bertiup menyapa balkoni. Panas petang terasa-rasa. Ain menyelak helaian demi helaian novel yang ditatap sejak pukul tiga tadi. Diletakkan sebentar di atas meja. Merehatkan mata. Ain mendepang tangan. Mengeliat. Rambut yang terurai dihembus lembutnya angin.

"Ain, ada surat untuk Ain."
Ain menjengah ke bawah. Kelibat posmen bermotosikal merah baru sahaja berlalu. Yanti menunjuk-nunjuk sesuatu yang berada di tangannya. Surat untuk akukah?

Ini untuk cikgu."
Ain memandang Ipin yang mengunjukkan kepadanya seikat petai.
"Petai?" tanya Ain sambil memerhati Ipin yang kusut-masai. Berkasut selipar, dengan baju sekolah yang sudah kusam.
"Ayah bagi," jawab anak kecil itu. Tangannya masih menghulur petai yang masih belum diambil Ain.
Ain jadi kasihan. Tangannya lantas menyambut huluran anak itu. "Cakap pada ayah, cikgu ucap terima kasih." Ipin angguk-angguk.

"Cikgu, terima kasih kerana pujuk ayah saya," ucap Ipin."Sama-sama. Berterima kasih juga pada abang Zehran."Ipin angguk-angguk. Kemudian Ipin lari menyertai kawan-kawannya. Mata Ain mengekor setiap langkah Ipin. Budak lelaki berambut kerinting dengan beg kain berwarna hijau tua kelihatan girang apabila menyertai kawan-kawan sebayanya. Ain senyum.
"Membalas budi?" tiba-tiba sahaja Ruqayah menegur. Ain terkejut. Dia menampar lembut Ruqayah. Ruqayah senyum.

"Bukan membalas budi. Tapi berbahasa. Adat memberi dan adat membalas," balas Ain.
"Masak sambal tumis petai," Ruqayah memberi cadangan."Kau yang masak ya."
"Kenapa? Orang bandar tak pandai masak tumis petai."Aku orang bandar yang kampung."
"Apa-apa sahajalah," balas Ruqayah sambil berlalu meninggalkan Ain yang masih lagi tercegat.
"Aku ajak Zehran makan bersama kita ya. Biar dia rasa sambal tumis petai buatan kau."
Ain membulatkan matanya mendengarkan kata-kata rakan serumahnya itu.

*************************************************************************************
"Mama menangis?"
Ain hairan melihat mamanya berlinangan air mata.
"Dahulu lagi papa dah beritahu. Tak perlu ambil kursus perguruan tapi Ain degil. Sekarang tengok apa sudah jadi. Bukankah lebih baik Ain uruskan sahaja syarikat papa," Dato' Ahmed mencelah. Ain lihat papanya.
"Oh ini pasal surat tadilah." Ain mula mengerti kenapa rumahnya kelihatan muram sahaja.
"Tak payahlah pergi Ain. Mama risau. Lagipun tempat yang Ain nak pergi itu pedalaman. Mama takut Ain tak boleh suaikan diri nanti."Mama, Papa, ini tugas seorang guru. Lagipun Ain suka apabila dapat mengajar di sana. Memang sudah jadi impian Ain untuk membantu anak bangsa kita."
"Suka. Mengajar anak Orang Asli di perkampungan Orang Asli."
"Mama, Ain ibarat benih. Dihantar ke mana-manapun dia akan tumbuh. Cuma doa mama dan papa sahaja yang berupaya menyiram benih itu untuk tumbuh subur."
Datin Maria merenung anaknya. Dirangkulnya Ain. Mereka berpelukan. Ain juga menitis air mata.

*************************************************************************************
Masih lagi menggunakan kapur. Papan hitam berlubang sebelah kiri. Kerusi meja berselerakan. Lantainya hanya bersimen. Ain menghulurkan senyuman kepada anak muridnya. Hanya lima orang. Tiga perempuan dua lelaki."Bangun. Selamat pagi cikgu." Seorang anak murid lelaki yang berkulit hitam bangun mengucapkan hormat. Empat yang lain turut mengikut apa yang dikatakan oleh murid lelaki tersebut.

"Selamat pagi," balas Ain.
Ain ke mejanya yang sedikit berhabuk. "Menyesal? Aku tidak pernah menyesal," bisik hati kecilnya."Mana kapur tulis?" tanya Ain.
Seorang murid bangun. "Kapur tulis dalam meja." Ain memandang murid tersebut.
"Kamu Ipin?" tanya Ain lagi. Murid tersebut mengangguk."Terima kasih kerana tumpangkan cikgu semalam."

*************************************************************************************
"Kalau begitu kita putus sahaja ikatan ini," luah marah Imran.
Ain terpana. Tiga tahun bercinta sesenang itu sahaja Imran memutuskan apa yang cuba dipertahankan selama ini."Putus disebabkan pendirian aku ini sahaja."
"Selalunya keputusan kau tidak cocok dengan aku."
"Hei Imran kenapa selama ini kau tak nampak ketidakserasian kita? Kenapa sejak daripada dulu sahaja kau tidak putuskan ikatan ini?" Ain membalas marah.
"Kau yang tidak membuatkan kita serasi." Ain mengetap bibir. Imran sudah melampau. Hanya kerana tindakan aku menerima tawaran mengajar di sana sahaja, Imran terus membuat keputusan sebegitu. "Kau tahu tentang cita-cita aku kan. Baiklah kalau itu yang kau pinta aku terima keputusan engkau. Di sana ada ramai lagi yang akan menerima kehadiran aku dalam hidup mereka."
"Carilah Orang Asli sebagai kekasih baru kau," jerit Imran.
"Jangan menghina, Imran," kali ini Ain telah kenal wajah sebenar Imran.

*************************************************************************************
Mujurlah beg yang diisi pakaiannya tidak besar. Jadi tidaklah berat sangat beban yang ditanggung. Dia juga bernasib baik kerana telah diberitahu terlebih dahulu oleh guru besar tempatnya akan mengajar. Guru besar itu memberitahu perjalanan masuk ke perkampungan Orang Asli tersebut agak jauh. Jadi, janganlah bawa banyak barang.
Ain berhenti sebentar. Dia duduk pada akar pokok. Ain lihat kasutnya berselut merah. Baju yang dipakainya basah dek peluh.

"Letihnya. Tapi letih lagi aku bercinta dengan Imran selama ini." Ain senyum sendiri.
Baginya, potret Imran sudah lama dibuang jauh. Dia mahu membina lukisan hidup yang baru. Ain angkat beg. Dia mahu meneruskan perjalanan. Jika dia menunggu petang tentunya panas akan tiba.
Ketika Ain melangkah, sebuah motosikal menghampirinya. Motosikal itu berhenti berdekatan dengannya. Penunggang motosikal yang tidak memakai baju itu berwajah serius. Dia membawa beberapa potong rotan. Seorang anak kecil di belakangnya. Duduk di atas potongan rotan tersebut.

"Pergi mana?" lelaki tersebut bertanya.
"Pergi sekolah rendah sana. Saya guru baru di situ," jawab Ain teragak-agak.
Tali begnya dipegang erat. Dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang buruk.
"Jauh lagi. Kena jalan jauh lagi," beritahu lelaki itu.

"Tak mengapa," balas Ain.

"Naik motor."

"Hah! Naik motor." Ain terkejut mendengar pelawaan lelaki itu. Naik motor dengan lelaki Orang Asli yang tidak berbaju itu.

"Oh tidak, aku lebih rela berjalan kaki," bisik hati Ain.

Lagipun mana ada ruang sudah. Motor tersebut telah penuh diikat dengan rotan. Anaknya pun terpaksa duduk di atas batang rotan. "Eh, tak mengapa pak cik," Ain cuba menolak apabila lelaki tersebut turun daripada motosikalnya.
Rotan yang dibawanya dilempar ke tanah. Anak lelaki tersebut juga sudah turun. Lelaki itu merenung Ain. Ain jadi takut. Ain tidak selesa.

"Bukan naik dengan aku. Naik dengan dia," lelaki tersebut seakan mengerti apa yang difikirkan Ain. "Dengan anak pak cik." Ain terkejut apabila lelaki itu menunjuk ke arah anaknya yang tersengih sejak daripada tadi. "Dia pandai bawa motor. Sekolah itu jauh lagi."
Ain serba salah. Jika sekolah itu jauh lagi dia perlu naik motosikal dengan anak lelaki tersebut. Dia sudah penat berjalan. Anak lelaki tersebut tersengih menunggu dia membuat keputusan.

*************************************************************************************
"Saya Zehran. Renjer hutan di kawasan ini," pemuda yang berpakaian seragam hijau memperkenalkan diri.
Ain lihat Ruqayah mengerling kepadanya.
"Zehran ini dah lama di sini. Dialah yang menolong aku masa mula-mula datang dahulu," terang Ruqayah. Ain angguk-angguk tanda mengerti.
"Saya harap Cik Ain tak macam guru-guru lain. Berpindah ke sini kemudian minta tukar sebab tak tahan dengan suasana sekitar. Semua mahukan keselesaan. Saya kasihan tengok anak-anak di sini."

"Insya-Allah saya akan menjalankan tugas sebaik mungkin," Ain seolah-olah berikrar sebuah janji. Zehran tersenyum. Nampak lesung pipitnya. Hati Ain tenang melihat wajah Zehran. Entah kenapa apabila memandang wajah Zehran hatinya menjadi tenang. Semua kesedihan hilang. Dia jadi ralit memandang wajah itu. Ruqayah berdehem. Ain terkejut. Malu.

*************************************************************************************
Sudah seminggu Ipin tidak datang ke sekolah. Ain benar-benar resah. Kelas yang lima orang sudah jadi empat orang. Kadang-kadang pernah hanya dua orang sahaja di dalam kelas. Sakitkah Ipin? Hati Ain teringat-ingat. Wajah Ipin yang selalu tersengih dan sering menggaru kepala terbayang-bayang di fikirannya.

"Dia buat perangai lama dia," Ruqayah menjawab apabila Ain memberitahu permasalahan tentang Ipin sewaktu berada di bilik guru.

"Dulu dia kerap tak datang ke sekolahkah?" tanya Ain.
Ruqayah angguk-angguk. Namun terus menulis sesuatu di mejanya.

"Sejak engkau datang sahaja dia rajin datang. Mungkin dia terpesona dengan kecantikan kau."
Ruqayah cuba berkelakar namun Ain tidak ambil peduli. Dia teringatkan Ipin.
Ruqayah berhenti menulis. Dia merenung Ain.

"Kalau dia ponteng pun bukan sebab dia yang mahukan begitu." Ain pandang Ruqayah.

"Habis itu sebab apa?"

"Tenaga mereka diperlukan untuk menolong keluarga. Aku pernah dengan yang si Ipin itu kena tolong ayahnya cari rotan. Aku dengar juga yang ayah dia nak berhentikan sekolahnya."
Ain merenung jauh ke luar bilik guru. Kata-kata Ruqayah membuatkan hatinya terasa-rasa.

*************************************************************************************
"Kenapa cikgu suka pandang langit?" tanya Ipin yang datang bertandang ke rumah Ain.
"Sebab langit indah. Ada bintang. Ada bulan," balas Ain.
Ipin mendongak. Melakukan apa yang dibuat Ain.
"Tapi malam ini tak ada bulan pun."
Ain pandang Ipin. "Malam ini gelap. Kalau tak ada bulan, bintang masih ada."
"Langit itu luas. Ipin cuba anggap langit itu sebagai cita-cita. Bukankah ia begitu luas untuk digapai," sambung Ain lagi.

Ipin diam. Ain tahu Ipin tidak faham dengan apa yang dicakapkan.
"Apa cita-cita Ipin?" tanya Ain.
Ipin termenung panjang. "Emm, nak jadi cikgu macam cikgu juga."
"Wah bagusnya. Kenapa nak jadi cikgu?" tanya Ain lagi.
"Ipin nak mengajar di sini. Nak bantu orang kampung Ipin. Nak jadi macam cikgu."
Ain tersenyum bangga. Begitu mulia dan tinggi hasrat anak itu.
"Kalau nak jadi cikgu kena rajin datang sekolah."
"Emm," Ipin angguk-angguk. Ain dapat lihat kesungguhan di wajahnya.

*************************************************************************************
"Kenapa pilih kawasan ini?"
"Aku antara manusia-manusia yang terpilih."
Zehran renung Ain. Ain cuba mengalihkan pandangannya agar tidak bertembung dengan pandangan pemuda itu. Ain malu.
"Kau pula kenapa berada di sini?"
"Kerana kau cintakan hutan. Sayangkan rimba. Di sini aku dapat semua itu."
"Nak jadi Tarzan ya?"
Zehran ketawa.
"Kalau aku jadi Tarzan, aku mahu kau jadi Janenya."
Ain diam. Apakah maksud kata-kata Zehran itu?

*************************************************************************************
"Dia perlu tolong aku. Dia anak sulung kena kerja."
Itulah jawapan yang diterima Ain tatkala dia berjumpa dengan ayah Ipin, Itam. Mujurlah Zehran sudi menemankan dia mencari rumah Ipin.
Ain bertekad di dalam hatinya. Dia akan cuba memujuk agar Ipin dibenarkan bersekolah semula.

"Ipin budak pandai. Nanti kalau besar dia boleh dapat kerja yang baik," pujuk Ain lagi.
"Kalau dia pandai, aku tak ada duit nak bagi di sekolah tinggi-tinggi."
Ain dapat melihat kedegilan Itam.
"Kami Orang Asli hanya perlu hidup macam ini sahaja. Ipin kena tolong aku cari rotan. Kalau tidak siapa yang nak bagi adik-adiknya makan."
"Pak cik kena fikirkan masa depan Ipin. Pak cik nak lihat Ipin kerja macam pak cik? Bersusah payah masuk hutan. Sedangkan anak orang lain belajar. Pak cik tak cemburu lihat anak-anak orang lain kerja bagus-bagus sedangkan Ipin terus susah seumur hidupnya."

Entah dari mana Ain mendapat keberanian sebegitu untuk berkeras dengan ayah Ipin. Itam merenung Ain. Ain menguatkan semangatnya. Biarlah apa yang berlaku dia tetap akan memujuk Itam.
"Dia kena tolong aku," rengus Itam terus berlalu pergi meninggalkan Ain.
Ain memandang Zehran. Memohon simpati.

*************************************************************************************
"Aku pernah terluka disebabkan cinta."
"Sebab itu kau sampai ke sini?" teka Ruqayah.
"Tidak. Aku memang mahu ke sini. Tapi si dia tidak mengerti dan tidak mengizinkan aku ke sini," terang Ain.

"Tidak mahu mencari pengganti?"
Ain ketawa mendengar pertanyaan Ruqayah.
"Kenapa kau ketawa?"
"Entahlah barangkali lucu mendengar pertanyaan kau."
"Lucu?"
"Ruqayah, cita-cita aku mahu membuat jasa untuk penduduk kampung ini terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya nanti ada anak murid aku yang berjaya."
"Pelik."
"Kenapa pula pelik?"
"Semangat keguruan kau itu."
"Tak pelik pun."
"Ada orang tanya kau."
"Tanya apa? Kalau bab agama kau lebih bagus. Aku cikgu matematik sahaja."
"Serius ini Ain. Bukan main-main."
"Aku pun tak main-main."
"Ada orang berminat dengan engkau."
Ain terperanjat. "Siapa?"
"Pemuda berbaju hijau," Ruqayah berteka teki.

Di fikiran Ain terbayangkan Zehran. Ain mengetapkan bibirnya. Rekahan pintu cintanya dibuka buat kali kedua. Adakah cintanya akan bersemi jauh di pedalaman?

*************************************************************************************
"Zehran mahu berjumpa aku."
Hati Ain berdebar-debar setelah diberitahu perkara itu oleh Ruqayah. Kata Ruqayah, Zehran ada perkara penting yang mahu diberitahu.
"Adakah kerana pertanyaannya itu?"
Ain teringatkan apa yang telah disampaikan Ruqayah. Zehran berminat dengannya.
"Apakah aku telah bersedia bercinta semula setelah dikecewakan Imran?" Kisah Imran masih menghantuinya.

"Aku datang ke sini kerana satu impian. Impian memberi ilmu." Ain menggosok-gosok jari jemarinya. Perasaan hatinya berperang-perang.
"Dah lama tunggu?" tiba-tiba suara Zehran menyapa. Ain terkejut.
"Baru sahaja," jawab Ain ringkas.
"Ada perkara penting?" tanya Ain lagi. Zehran lama diam. Hati Ain resah.
"Saya dah berjaya pujuk Itam. Dia benarkan Ipin sekolah semula."
Ain memandang Zehran.

"Betulkah apa yang awak cakap?" Ain begitu gembira mendengar perkara tersebut. Walaupun sangkanya Zehran mahu bertanya tentang perkara yang pernah diberitahu oleh Ruqayah.

"Ya."
"Syukurlah. Terima kasih awak kerana membantu."
"Sama-sama. Awak kena buktikan yang awak boleh didik pelajar macam Ipin sehingga berjaya."
"Saya akan buktikan," janji Ain. Ain bangun.
"Awak nak ke mana?" tanya Zehran.
"Nak balik."
"Saya belum tanya awak perkara yang penting itu lagi."
"Tadi, perkara Ipin itu bukan perkara penting yang awak nak beritahu?"
"Ada lagi yang lebih penting."
"Apa?"
"Saya mahu melamar awak."
Ain diam. Kelu. Dadanya berdebar-debar.

Demi Waktu

Ku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
Yang kini hadir di antara kita
Namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
Yang slama ini temani hidupku

Chorus:
Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hatiku..
Tinggalkan dirinya
Dan demi waktu..

Yang bergulir di sampingmu
Maafkanlah diriku..Sepenuh hatimu
Seandainya bila..Ku bisa memilih

Kalau saja waktu itu
Ku tak jumpa dirinya
Mungkin semua takkan seperti ini
Dirimu dan dirinya kini ada di hatiku
Membawa aku dalam kehancuran

Back to Chorus 3x

Hati Yg Kau Sakiti

Jangan pernah katakan bahwa
Cintamu hanya untukku
Karna kini kau telah membaginya

Maafkan bila memang kini
Harus kutinggalkan dirimu karna hatiku selalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

Reff:
Ku menangis membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Aku lah hati yang telah kau sakiti

Ku menangis
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah kau sakiti

Kebahagiaan Seorang Suami

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya. Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai. Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:

" semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini." Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu.. Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu. Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam); "Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku. Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya.

"Masyaallah...alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie...adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya....kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia.tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi...hehehee

Himpunan kisah2 menarik

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air Mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis Dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air Mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat Dan hebat dari air Mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya

Dalam sehari Ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar Dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang Kita lakukan semasa nafas itu keluar Dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di Hari kiamat Ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan Dan terus bersuci Dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi".

Kala Jengking Neraka

Di Hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit Dan bumi.Malaikat Jibril bertanya :
"Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana Dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Tidak Hina Orang Yang Merendah Diri

Sombong, bongkak, angkuh dan takabur atau kibir mempunyai pengertian yang sama. Iaitu salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela/terkeji). Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga.
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takabur atau sombong."

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaKu, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina dina."(Almukmim:60) Sifat sombong atau takabur ini boleh di bagikan kepada dua, iaitu, takabur lahir dan takabur batin. Takabur lahir dapat dilihat melalui perbuatan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah (pangkat, kealiman, darjat keturunan) daripadanya. Ketakburan itu adakalanya dapat dilihat melalui perbicaraan, seperti tidak mahu mengalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar dan mengikut nasihat.

Imam Al Ghazali berkata ; "Orang yang takabur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain ditegurnya dengan keras dan kasar." Orang yang sombong atau takabur ini mudah menghina orang lain dan akan marah jika ada yang mengatasinya.; ia akan dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan akan berdendam dengan orang yang menandingnya. Takabur batin ialah membesarkan diri di dalam hati. Inilah maksiat di dalam hati yang dicela. Dengan adanya rasa angkuh di dalam hatilah lahirnya kata-kata membanggakan diri.

Iblis menganggap dirinya lebih mulia dari Nabi Adam, katanya, " Aku lebih baik dan mulia dari dia (Adam), aku dijadikan dari api sedangkan dia dijadikan dari tanah," lalu dengan angkuhnya Iblis enggan tunduk kepada Nabi Adam, sehingga dengan itu menyebabkan Allah melaknat Iblis dan keturunannya. Takabur boleh dibahagi kepada tiga: Takabur terhadap Tuhan, Takabur terhadap RasulNya dan takabur sesama manusia. Takabur kepada Tuhan ialah tidak memperdulikan ancamanNya dan memandang remeh segala syariat dan peraturanNya.

Takabur dengan Rasulullah ialah enggan mengikuti petunjuknya. Orang Quraisy zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda adalah anak yatim yang miskin. Orang Yahudi pula tidak mahu mengikut Nabi Muhammad kerana baginda bukan dari keturunan Bani Israel. Kebanyakan orang sekarang pula tidak mahu mengikut ajaran Rasulullah kerana menganggapnya kolot, orthodoks, ketinggalan zaman dan berbagai alasan lagi. Merasa lebih tinggi dari orang lain adalah takabur sesama manusia. Orang berpangkat tinggi merasa patut dihormati, dimuliakan dan menganggap orang lain rendah. Apabila seorang isteri berpangkat tinggi dan ada nama, susah untuk taat dan memuliakan suaminya, sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat. Seorang alim ulama' bersikap takabur apabila ia memandang remeh terhadap orang lain kerana menganggap dia sahaja yang benar, jika ditegur walaupun benar, teguran itu ditolaknya.

Takabur ialah penyakit hati yang merbahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pendakwah. Ditakuti melalui tindak tanduknya akan menampakkan akhlak yang buruk. Kata-katanya pula akan menyakiti orang hingga menyebabkan mereka hilang kepercayaan. Lebih bahaya lagi jika ia mewakili jemaah atau parti, nama parti akan terlibat akibat sikap angkuhnya dan akhlaknya yang buruk. Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabur atau sombong ini. Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.

Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita. Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya. Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya. Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, jangan lah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.

Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa sikafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi. Lawan daripada sifat sombong ialah sifat tawadhuk atau rendah diri. Sekiranya seseorang telah berjaya mengikis sifat sombongnya akan datanglah sifat tawadhuk padanya, sifat terpuji yang disukai Allah dan makhluk seluruhnya.

Dari Ibnu Abbas, bersabda Rasulullah; "Tidak seorang pun kecuali di kepalanya terdapat dua rantai, satu rantai sampai ke langit ke tujuh dan satu rantai yang lain sampai ke bumi yang ketujuh. Apabila seseorang itu merendahkan diri, Allah mengangkatnya dengan rantai yang di langit ketujuh dan apabila ia sombong, Allah merendahkannya dengan rantai yang di bumi ke tujuh."

Urwah bin Azzubair berkata; " Tawadhuk ialah alat untuk mencapai kemuliaan. Lantaran itu Rasulullah, para Nabi, para sahabat , para aulia' dan orang-orang soleh suka merendahkan diri dan memiliki sifat tawadhuk.

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Aku diberi kunci kekayaan bumi, lalu disuruh pilih di antara menjadi hamba dan Nabi atau menjadi Nabi dan Raja, maka Jibril memberi isyarat kepadaku supaya bertawadhuk dan menjadi Nabi dan hamba, maka saya pilih Nabi dan hamba, maka diberikan kepadaku itu dan aku pertama manusia yang keluar dari bumi kelak dan aku yang pertama memberi syafaat kelak."

Tegasnya untuk menghilangkan sifat sombong dan takabur perlulah bermujahadah bersungguh-sungguh. Buat sesuatu yang menyebabkan kita dipandang rendah. Datangkan rasa rendah diri dan berlaku tawadhuk. Sesungguhnya tidak hina orang yang merendah diri. Allah telah memuji hambaNya yang tawadhuk dan akan mengangkat darjat mereka.

Tuesday, July 13, 2010

cerita2 lucu

Rumput dan Kuda
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

ade g...

Pengemis gila
Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.
Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Bapak : Tak kan bleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus ! Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!

ader g...

Demam Malaysian Idol
Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :
Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan.falseto lemah...
p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik.. .

ader g...

Wanita dan Lelaki Tua
Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?" "Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu."Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang? "Dua puluh empat."

aderrr g..

Senyum
1."Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."Jawapannya kerana :kerana kalau kawin satu isONEkalau kawin dua isTWOkalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.SENYUM pada kekasih tanda cinta.SENYUM depan telefon tanda gila,masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran.. " Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh....MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )MASIH PICIT??LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut... "makin dipendam makin gelisah...bila di lepaskan ... ... . ahhhhhhh lega rasanya... ... .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, " maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah

aderrr g...

Isteri Tersayang
Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

ade g ke...???

Teliti itu penting!
Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.. "Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu."Pertama., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu. "Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata.... "Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk. ....
SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN... .PAHAM!!! !!

ade g kerrrr???? tak derrr dah....

Monday, July 12, 2010

sekadar renungan

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)

cinta sejati

Di keheningan pagi raya, kelihatan seorang lelaki sedang membongkok membersihkan sebuah kubur yang kelihatan agak lama. Walaupun kelihatan agak usang, kubur tersebut bersih dan terjaga rapi. Tanpa menghiraukan sesiapa, lelaki itu terus sibuk sambil tangannya yang kasar pantas mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh di sekitar kubur tersebut.Setitik demi setitik air mata suam kelihatan menitis mengalir turun menuruni pipinya. Setelah selesai kubur tersebut dibersihkan, lelaki tersebut duduk bersila sambil membaca Yasin dan doa dipanjatkan. Selesai membaca Yasin, dicapainya bekas air berisi rendaman bunga mawar lalu dicurahkan ke atas batu nisan sambil tangannya menyapu-nyapu bersih batu nisan tersebut. “Zura, Selamat Hari Raya sayang. Abang datang lagi hari ni, macam biasa. Abang masih lagi sayangkan Zura dan abang akan sayangkan Zura hingga ke akhir hayat abang” lelaki tersebut tiba-tiba bersuara, sayu. Lelaki tersebut menarik nafas panjang. Matanya yang berair itu memandang ke arah batu nisan di kuburan itu dengan pandangan yang kosong.Fikiran beliau mengimbau ke suatu masa sepuluh tahun yang lepas.
Sepuluh tahun laluTangan Zack menggenggam erat tangan Azura bagaikan tidak akan dilepaskannya. Keadaan Terminal Bas Putra yang penuh sesak dengan orang dan dalam keadaan tolak-menolak itu bagaikan tidak dapat menguraikan pasangan kekasih itu. Mata Zack merenung tajam ke mata Azura. “Abang, kenapa pandang Zura macam tu?” Zack hanya tersenyum. “Abang rasa berat hati untuk lepaskan Zura. Terasa macam abang tak akan dapat jumpa Zura lagi” jawab Zack. “Jangan cakap macam tu, Zura balik kampung sekejap aje. Hari raya ke-5, Zura balik semula ke KL. Abang jangan risau la.” Zack hanya tersenyum sahaja mendengar jawapan kekasihnya. Tangannya makin erat menggenggam tangan Azura. “Tapi, abang janji, jangan lupakan Zura tau.” Azura berkata pada Zack sambil tersenyum. “Abang janji sayang.” jawab Zack sambil tangannya makin erat menggenggam tangan Azura.
Tiba-tiba kedengaran suara dari pembesar suara mengumumkan ketibaan bas memasuki terminal. Zack segera memimpin tangan Azura menuju ke bas yang berhenti di hadapan sekali sambil tangannya yang sebelah lagi menjinjing beg pakaian Azura. Tertera pada tingkap bas tersebut ‘No. 5 KL-KB’. Zack membaca pada tiket di tangannya. Memang sah inilah bas yang perlu Azura naiki. Kaki Zack melangkah naik ke tangga bas sambil memandu Azura menuju ke tempat duduk. Kelihatan seorang perempuan tua sedang duduk bersebelahan dengan tempat duduk Azura. Zack tersenyum lega. “Nasib baik makcik ni yang duduk sebelah awek aku, kalau lelaki, kenalah aku ikut Zura balik sekali,” bisik hati Zack. Zack segera memberi salam pada perempuan tua tersebut.“Makcik, ni awek saya, Zura. Dia duduk sebelah makcik. Mintak makcik tolong tengok-tengokkan dia ye” sapa Zack. Azura dengan segera menghulurkan tangan pada makcik itu sambil memperkenalkan diri. “Eloklah tu nak. Sekurang-kurangnya ada juga teman makcik berbual. Sila duduk nak,” jawab makcik tersebut sambil tersenyum.
Setelah meletakkan beg Azura, Zack segera turun dari bas sambil diekori oleh Azura dari belakang. “Zura, bas dah nak bergerak. Abangpun tak boleh lama di sini. Bila Zura sampai kampung nanti, kirim salam abang pada mak dan ayah Zura. Jangan lupa pada adik Zura juga tau,” pesan Zack.“Baiklah abang. Abangpun sama tau, kirim salam sayang Zura pada mak dan ayah abang,” jawab Azura kembali. Enjin bas tiba-tiba dihidupkan. Azura memandang ke arah Zack. Dengan cepat Azura memegang dan terus mencium tangan Zack. “Abang, Zura pergi dulu ye. Ingat pesan Zura tadi. Jangan lupakan Zura ye. Zura sayangkan abang.” Kata Azura sambil tersenyum. Zack hanya memandang ke arah Azura. Tangan Azura digengam erat. Perlahan-lahan Zack melepaskan sebuah ciuman pada dahi Azura. Muka Azura tiba-tiba menjadi merah. Azura tersipu-sipu malu. “ Zura, walau apapun terjadi, abang tetap sayangkan Zura hingga ke akhir hayat abang. Zura ingat kata-kata abang tu ye.” Azura hanya menganggukkan kepala sambil linangan air mata bergenang di matanya. “Zura akan ingat abang sampai bila-bila. Zura pergi dulu bang. Janji jangan lupakan Zura ye” jawab Azura sambil menarik tangannya dari tangan Zack yang bagaikan tidak mahu melepaskan tangan Azura dan terus melangkah masuk ke dalam perut bas.
Pintu bas ditutup sambil bas tersebut bergerak perlahan-lahan keluar dari terminal sambil diperhatikan oleh Zack hingga hilang dari pandangan mata. Zack berdiri tegak bagaikan mengelamun. “Kenapa hatiku bagaikan ada sesuatu yang tak kena?” bisik hatinya sambil kakinya melangkah pergi ke ruang letak motorsikal. Setelah mengenakan topi keledar, Zack terus menunggang motorsikalnya keluar dari Terminal Bas Putra menuju ke rumah.Keadaan ibukota malam itu bagaikan pesta dengan lampu berkilauan di kiri kanan jalan. Tapi hati Zack direnggut risau mengenang apa yang tak pasti. Di rumah Zack, lampu pelita bergemerlapan menanti ketibaan Aidilfitri. Zack pula berehat di luar rumah setelah penat membantu ibubapanya menyiapkan persiapan hari raya. Kelihatan kanak-kanak bising sambil bermain bunga api. Zack hanya memandang dengan pandangan kosong. Keriuhan kanak-kanak langsung tidak menarik perhatiannya. Hatinya yang tadi penuh kerisauan mula berdebar-debar bagai ada sesuatu yang akan berlaku. Zack bangun dan terus masuk ke rumah menuju ke biliknya. Tanpa berlengah, dia ke bilik air mengambil wuduk. Sejadah di bentangkan dan Zack terus menunaikan solat sunat sebelum masuk tidur. Namun Zack tidak boleh tidur.Fikirannya melayang memikirkan Azura sahaja. Walaupun matanya tak mahu pejam, dipaksakan juga hingga terlelap. Pagi esoknya, Zack terbangun setelah azan Subuh berkemumandang. Setelah menunaikan solat Subuh, Zack ke dapur membantu ibunya menyiapkan juadah untuk hari raya. Setelah itu, dia bersama-sama ayahnya ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri. Di rumah, setelah menjamu selera dan bermaaf-maafan, Zack termenung sambil merenung ke luar rumah melihat kanak-kanak gembira berhari raya. Tiba-tiba telefon bimbit Zack berbunyi. Zack mengambil telefonnya dan merenung ke arah telefonnya. “Panggilan jauh. Dari Kelantan.” Bisik Zack. “Hello. Assalamualaikum” jawab Zack. “Waalaikumsalam. Abang Zack ye?” balas pemanggil itu. “Ini adik Zura, Mira,” pemanggil memperkenalkan diri dalam nada yang tersekat-sekat. “Abang Zack, Mira minta maaf mengganggu, tapi Mira nak beritahu Abang Zack, yang kak Zura dah tiada…… Bas kak Zura kemalangan malam tadi masa baru sampai ke Kota Bharu.” Kata Mira dengan nada yang tersedu-sedu. “Insyaallah, petang selepas asar ni nak dikebumikan” sambung Mira singkat.
Zack hanya tersentak. Pandangannya kabur dan terus gelap. Kakinya bagaikan tak dapat lagi nak menampung berat badannya. Dengan cepat Zack duduk di sofa. Nafas Zack tersekat-sekat dan dadanya berombak kuat. Air matanya mula berlinang menitis membasahi pipi. Telefon bimbitnya terlepas dari tangan. “Astaghfirullahalazim. Ya Allah Ya Tuhanku,” hanya itu sahaja suara yang keluar dari bibir Zack. Melihatkan keadaan Zack, ibu Zack menerpa ke arah anak sulungnya. “Mak, Zura dah tak de, mak. Zura dah meninggal. Kemalangan bas pagi tadi” beritahu Zack dengan suara yang tersekat-sekat.Ibu Zack hanya dapat menarik nafas sambil terduduk di sebelah anaknya. Tiada suara yang keluar dari bibirnya, hanya air mata bercucuran membasahi pipi tuanya.“Mak, ayah, Zack minta izin untuk pergi ke Kelantan, hari ini juga.” pinta Zack pada ibubapanya. “Baiklah Zack, kau bawa kereta ayah,” jawab ayah Zack. “Tak pelah ayah, Zack pergi dengan motor Zack. Zack lebih selesa,” jawab Zack. “Baiklah Zack. Tapi hati-hati,” pesan ayah Zack.Mendengar keizinan yang di beri, Zack segera berlari menuju ke biliknya untuk bersiap. Motornya sudah gagah tersedia menunggu untuk ditunggang. Motorsikal Yamaha RD 350 YPVS pemberian ayahnya itu banyak mengimbau kenangan antaranya dengan Azura. Dengan sekali tendangan sahaja, enjin motorsikal Zack mengaum garang dan terus meluncur keluar melalui pintu pagar rumah sambil di perhatikan oleh ibubapa Zack. Perjalanan jauh tidak menjadi masalah pada Zack kerana sebagai ahli kelab motor, beliau banyak kali melakukan konvoi ke lokasi-lokasi yang jauh. Motorsikalnya juga diselenggara dengan baik membuat perjalanan berjalan lancar.
Tepat jam 5 petang, Zack tiba di rumah Azura. Deruman enjin motorsikal Zack menarik perhatian orang ramai yang berada di rumah Azura. Melihatkan Zack datang, Mira segera meminta ayahnya membawa Zack masuk. Zack terus menerpa ke arah ayah Azura sambil mencium tangan ayah Azura. Dengan linangan air mata, ayah Azura memeluk Zack. “Zura dah tak ada Zack,” kataayah Zura. “Mari tengok dia,” ajak ayah Azura. Perlahan-lahan Zack melangkah menuju ke atas rumah Azura. Dari pintu rumah, kelihatan sekujur tubuh ditutupi kain batik sambil dikelilingi orang-orang sambil membaca Yasin. Kelihatan ibu Azura berteleku di sisi tubuh Azura sambil teresak-esak. “Maknya, ini Zack. Tolong bukakan tutup muka Zura tu.” Kata ayah Azura. Ibu Azura memandang ke arah Zack sambil linangan air matanya makin mencurah-curah keluar. Tangannya perlahan-lahan membuka kain batik yang menutupi muka Azura. Zack menanti dengan hati yang berdebar-debar.Setelah kain batik di selak, terserlahlah wajah Azura, kekasihnya yang amat dicintainya. Walaupun rohnya sudah tiada, wajah Azura tetap ayu, tetap cantik. Tanpa dapat ditahan, air mata Zack berlinang keluar membasahi pipi dan juga lantai. Zack membacakan Al-Fatihah dan doa untuk kekasih tercintanya. Keadaan menjadi sepi. Kesayuan mula terasa pada yang hadir. Mira hanya dapat menutup mukanya dengan telapak tangannya sambil teresak-esak.
Jenazah Azura di alihkan ke dalam pengusung. Zack memegang kayu pengusung yang di hadapan sekali. Perlahan-lahan pengusung dimasukkan ke dalam van jenazah. Setelah van jenazah meninggalkan rumah menuju ke tanah perkuburan, hujan mulai turun. Setelah selesai upacara pengkebumian, Zack meminta izin dari ayah Azura untuk bertafakur seketika. Tinggallah Zack seorang diri melutut di sisi kubur Azura. Hujan lebat membasahi bumi tidak di hiraukan. Linangan air mata Zack masih tidak berhenti. “Zura, abang minta maaf jika abang ada buat salah dan silap pada Zura,” kata Zack dengan tersedu-sedu. “Abang sangkakan hubungan kita akan berakhir sebagai suami isteri, tapi takdir menentukan segala-galanya. Abang tak boleh melawan takdir sayang,” sambung Zack. “Abang pernah berjanji untuk menyayangi Zura hingga ke akhir hayat abang, dan abang akan tepati janji abang itu, walaupun Zura tiada lagi di sisi abang. Bagi abang, Zuralah kekasih abang yang pertama dan yang terakhir.” Linangan air mata dan sedu Zack makin bertambah. Tangannya menggenggam kuat tanah kubur Azura. “Abang berjanji, abang akan tetap sayangkan Zura dan abang takkan lupakan Zura hingga ke akhir hayat abang,” kata Zack sambil berdiri. Perlahan-lahan Zack mengatur langkah longlai meninggalkan tanah perkuburan dalam hujan yang makin mencurah-curah.
Masa sekarangKicauan burung menghentikan lamunannya. Haripun sudah menjelang tengahari. “Zura, abang balik dulu Zura. Jauh lagi perjalanan abang ke Kuala Lumpur. Motor kitapun abang masih guna lagi. Masih boleh bawa abang berjumpa Zura hari ini. Macam manapun, abang tetap sayangkan Zura hingga ke hembusan nafas abang yang terakhir. Zura ingat tu ye sayang.” Kata Zack dengan lembut. Tangannya menabur bunga-bunga yang dipotong rapi ke atas kubur Azura. Setelah itu Zack bangun sambil mengemaskan barang-barang dan menuju ke arah motornya. Walaupun sudah sepuluh tahun berlalu, motorsikal pemberian arwah ayah Zack masih kukuh lagi. Perlahan-lahan Zack menunggang motornya meninggalkan pusara kekasih tercintanya. Ketika Zack keluar dari simpang tanah perkuburan, tiba-tiba sebuah kereta dengan laju keluar dari selekoh dan terus merempuh Zack tanpa sempat mengelak. Zack tercampak jauh. Darah memercik membasahi motor Zack. Tubuh Zack terbaring di atas jalan raya. Matanya memandang ke arah langit sambil mulutnya terkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah. Pandangannya mulai kabur, kemudian kelam, kelam dan terus gelap. Nafas Zack berombak deras, kemudian perlahan dan perlahan. Apa yang kelihatan di anak matanya hanyalah raut wajah ayu Azura ketika dia mencium dahi Azura sepuluh tahun yang lepas.Setelah ambulan tiba, Zack disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, tidak jauh dari kubur Azura. Akhirnya Zack dapat mengotakan janjinya iaitu untuk menyayangi kekasihnya, Azura, hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir.